Alfa Punya

Just For Us

Definisi Seni April 2, 2008

Filed under: Art — alfa2004 @ 1:21 pm

Definisi Seni

Oleh Luca

 

Bidang kesenian di anggap sebagai cerminan sesuatu nilai dan simbol dalam sesebuah tamadun, bangsa dan kebudayaan. Seni adalah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir daripada seniman. Wujud atau lahirnya sesebuah karya seni atau objek seni adalah hasil dari idea-idea para seniman yang berlandaskan daya imaginasi, pengetahuan, pendidikan, inspirasi dan tenaga seniman.

Dalam memperkatakan tentang kesenian, banyak definisi yang dapat diberi. Namun begitu kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti. Menurut Herbert Read, seni adalah usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Leo Tolstoy dalam bukunya ‘What is Art?’ (1896) pula menyatakan seni adalah hasil pengalaman dan perasaan yang tercerna melalui garis, warna, gerak, bunyi, kata-kata, bahasa dan rupa bentuk yang dikongsi bersama orang lain.

Raymond William menyatakan bahawa seni itu mencakupi berbagai bidang seperti senihalus (catan, arca, lukisan, cetakan, instalasi, video), seni ukir, seni tembikar (seramik), seni logam, tekstil, pementasan, sastera dan seni muzik. Bagi beliau seni adalah sebagai satu kemahiran yang bersifat imaginatif dan kreatif. Sementara R.G. Collingwood mendefinisikan seni sebagai satu ekspresi dari satu aktiviti yang melibatkan pengeluaran rasa emosi pengkarya seni.

Dr. Sidi Gazalba menyatakan bahawa seni itu indah dan indah itu adalah baik. Menurut beliau sesebuah karya seni itu perlu ada unsur-unsur kebaikan, kebenaran dan nilai-nilai moral yang tinggi. Beliau banyak memperkatakan tentang kesenian dalam Islam. Menurut pengkaji seni, seni Islam telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. namun ketika itu kesenian Islam tidak begitu jelas, kabur dan terlalu sedikit. Ini kerana ianya merupakan zaman peralihan bagi umat Islam membetulkan akidah tauhid dan umat Islam juga dalam keadaan berwaspada dan bersiap sedia mengawasi ancaman pihak musuh.

Setelah Islam mula berkembang dan bertapak maka seni Islam mula tumbuh dan berkembang. Umat Islam yang berperang telah berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang tinggal menetap dan mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki. Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru. Proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Sebagai Addin, Islam membawa satu cara hidup yang sempurna meliputi keduniaan dan akhirat. Islam sebagai Addin membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.

Maksud hadis Nabi s.a.w, “Allah itu indah dan sukakan keindahan”. Bertitik-tolak dari sini, kesedaran tentang keindahan adalah antara suatu faktor penting dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t. menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang di beri Allah s.w.t. jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.